RESEPI HOT!

Thursday, January 5, 2023

RESEPI IKAN KELI GORENG THAI

RESEPI IKAN KELI GORENG THAI

RESEPI IKAN KELI GORENG THAI
RESEPI IKAN KELI GORENG THAI

Bahan-bahan:
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci kunyit hidup
  • Cili padi (ikut citarasa masing-masing nak letak berapa biji)
*bahan-bahan tersebut di kisar ataupun ditumbuk
  • 1 labu bawang besar
  • 5 helai daun limau purut
  • 2 batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos cili/tomato
  • Ikan keli yang sudah digoreng kunyit
Cara membuatnya:
  1. Panaskan minyak dalam kuali
  2. tumis bahan yang dikisar tadi bersama 2 serai sehingga pecah minyak dan naik bau. 
  3. Masukkan sedikit air. 
  4. Selepas itu masukkan sos tiram dan sos tomato. 
  5. Kacau sehingga sebati. 
  6. Kemudian masukkan pula bawang besar yang sudah dipotong bersama daun limau purut. 
  7. Masukkan sedikit serbuk perasa. 
  8. Gaul sehingga rata dan selepas itu masukkan ikan keli goreng kunyit tadi. 
  9. Kacau semuanya sehingga sebati. 
  10. Bila dah rasa ok tutup api dan boleh lah hidang untuk dimakan bersama keluarga

RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY
RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

BAHAN UNTUK AYAM:
  • 1 ekor ayam – dipotong, dibersihkan dan direbus hingga empuk. Masa rebus, masukkan kiub pati ayam ke dalam air rebusan. Air rebusan ayam jdisimpan untuk dijadikan sup.
  • 1 sudu makan serbuk kunyit
  • 1/2 sudu makan serbuk lada putih
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • Sedikit air untuk mengisar
  • 1 sudu teh garam
  • Minyak untuk mengoreng

BAHAN SANGAI TANPA MINYAK:
1/2 sudu besar jintan manis
1/2 sudu besar jintan putih
3 sudu besar ketumbar

BAHAN SAMPINGAN LAIN:
  • Tauhu
  • Tempe
CARA MEMASAK:
  1. Satukan bahan sangai, serbuk kunyit, serbuk lada putih, halia, bawang putih dan garam. Tambah sedikit air kemudian kisar hingga halus.
  2. Lumur bahan kisar pada ayam yang telah direbus. Perapkan selama 2-3 jam sebelum dimasak. Lagi enak jika diperap semalaman.
  3. Gaul tempe dan tauhu bersama lebihan bahan perapan ayam. Goreng hingga garing. Ketepikan.
  4. Baki bahan perapan ayam dan tempe yang selebihnya jangan dibuang. Gaulkan pula bersama telur dan tepung beras. Tambah sedikit garam jika kurang masin. Kacau rata.
  5. Celupkan ayam perap tadi ke dalam bancuhan tepung dan goreng hingga garing.Angkat dan toskan minyaknya.
  6. Renjiskan baki adunan tepung mengoreng ayam ke dalam minyak dan goreng untuk dapatkan keriuk-keriuk yang rangup.
BAHAN SUP AYAM:
  • Baki air rebusan ayam
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang serai | dititik
  • 1 inci halia – dihiris
  • Daun sup dan daun bawang – dihiris
  • Bawang goreng
CARA MEMASAK:
  1. Panaskan air rebusan ayam diatas dapur dan tambahkan serai, halia serta sup bunjut. Biar hingga mendidih.
  2. Perasakan sup dengan garam kemudian taburkan daun sup serta daun bawang.
  3. Bila nak dihidangkan, tabur bawang goreng jika suka.
RESEPI NASI AYAM PENYET CRISPY

BAHAN SAMBAL PENYET
  • 10 tangkai cili padi
  • 10 tangkai cili merah
  • 10 biji bawang merah | belah 4
  • 3 ulas bawang putih | hiris
  • 5 biji tomato | belah 4
  • 5cm belacan bakar
  • 2 sudu makan ikan bilis
  • 3 sudu makan gula merah
  • Sedikit minyak untuk menumis
  • Limau nipis atau limau kasturi

CARA MEMASAK:
  1. Panaskan minyak dan gorengkan ikan bilis hingga garing. Angkat dan ketepikan.
  2. Dengan minyak yang sama,gorengkan pula cili merah, cili padi, bawang merah dan tomato hingga layu.
  3. Tunggu bahan-bahan goreng tadi sejuk sedikit kemudian masukkan ke dalam pengisar kering. Tambah ikan bilis serta belacan. Kisar halus.
  4. Panaskan semula baki minyak menggoreng tadi dan tumis bahan kisar hingga
  5. Perasakan dengan gula merah dan garam secukup rasa.
  6. Perah limau kasturi jika suka.
  7. Sedia untuk dinikmati bersama nasi panas, ayam goreng serta sup.

Kredit resipi & foto: Zira Tag

Wednesday, July 13, 2022

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN

BAHAN-BAHAN RESEPI SINGGANG DAGING KELANTAN:
  • 1 keping daging – hiris nipis
  • 1 inci halia – hiris
  • 1 inci lengkuas – hiris
  • 1 biji bawang merah – hiris
  • 2 ulas bawang putih – hiris
  • 5-6 tangkai cili /lada kering – hiris/potong kecil
  • 1 sudu teh biji ketumbar – tumbuk kasar 
  • 2 keping asam gelugur 
  • 1 sudu teh budu – jika tiada, boleh abaikan
  • Garam dan perasa secukupnya
  • Air secukupnya
CARA MEMASAK:

1. Daging ditumis bersama bahan-bahan hiris & bahan tumbuk terlebih dahulu tanpa dimasukkan air. (Proses ini dipanggil proses mati awas) agar rasa bahan masuk ke dalam daging. Ia penting dan rahsia kesedapan singgang.

2. Bila daging sudah kelihatan meresap sempurna, masukkan air dengan secukupnya dan juga asam keping. Rebus sampai daging empuk.

3. Bila daging sudah empuk dan lembut, masukkan budu, garam dan perasa dengan secukupnya. Budu membuatkan kuah singgang rasa lebih enak. Jika tiada, boleh abaikan.

4. Singgang Daging sedia untuk dinikmati.

Kredit resipi & foto: Tengku Syazwanie

Monday, April 11, 2022

Resepi Sambal Pauh Kelantan

Resepi Sambal Pauh Kelantan

Bahan Resepi Sambal Pauh Kelantan
  • 4 ekor ikan selayang -rebus/goreng
  • 3 biji mangga muda
  • 6 biji cilimpadi
  • Garam
Cara penyediaan
  1. Rebus atau goreng ikan
  2. Setelah ikan masak ambilnisi ikan ketepikan
  3. Mangga muda dicincang nipis
  4. Tumbuk dengan lumat cili dengan lesung kemudian masukan garam dan mangga cincang tadi...masukkan isi ikan dan tumbuk lagi.Perasakan dgn garam..
  5. siap..

Monday, February 28, 2022

Resepi Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang

 

Resepi Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang
Resepi Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang

Ramuan Resepi Sambal Sardin Goreng Cili Api Kentang
  • 1 tin sardin (size besar,425g,brand Botam)
  • 1 biji bawang besar*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 1 inci halia*
  • 10-12 biji cili api (hijau+merah)*
Bahan bertanda* dikisar kasar tanpa air/ditumbuk
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu kecil serbuk secukup rasa (Maggie)
  • 1 sudu kecil garam halus
  • 1/2 sudu makan pes asam jawa (Adabi)
  • 1/4 cawan air biasa
  • 1 senduk kecil minyak masak
  • 2 biji kentang (potong wedges)

Langkah

  1. Ikan sardin dengan sosnya di asingkan
  2. Kemudian gorengkan sekejap bagi sedikit garing..api perlahan je ye..
  3. Ketepikan..
  4. Dalam minyak yang sama gorengkan pula kentang..Sampai masak..ketepikan juga..
  5. Kisar kasar bahan bertanda..kemudian tumiskan bahan tersebut di dalam minyak lebihan menggoreng tadi..
  6. Tumis sampai pecah minyak..letakkan sos sardin yang telah di asingkan tadi.. kemudian masukkan sos cili..kacau sekejap..
  7. Masukkan air..kacau lagi..
  8. Kemudian masukkan secukup rasa..garam dan pes asam jawa..kacau sampai lagi sekejap
  9. Kemudian masukkan kentang dan sardin yang telah di goreng tadi..
  10. Gaul perlahan..tutup api siap..
  11. Boleh tambahkan tomato akhir skli jika suka..

Resepi Puding Karamel Tanpa Telur

Bahan-bahan
  • Gula karamel
  • 1/4 sudu besar gula (Aznie bubuh 1 sudu besar)
  • 3 sudu besar air
  • Puding
  • 1 paket agar2 tali 10gram (Aznie guna serbuk agar-agar)
  • 4 cawan air
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 1/2 cawan gula -boleh kurangkan
  • 3 sudu besar tepung kastard
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • Secubit garam
Langkah penyediaan
  1. Masakkan gula sampai perang. Selepas dah perang.. masukkan air sikit2..kacau hingga larut. kemudian masukkan kedalam acuan/ loyang.
  2. Rebus 1 cwan air bersama agar2 tali hingga mendidih dengan api perlahan.
  3. Campurkan kesemua bahan puding. Gaul sebati. Dan masukkan kedalam periuk. kacau hingga mendidih dan sampai tepung masak.
  4. Tuang ke dalam acuan gula tadi. biarkan ia sejuk selama 3-4 jam.siap

Resepi Daging kari hijau thai

Resepi Daging kari hijau thai
Resepi Daging kari hijau thai

Ramuan Resepi Daging kari hijau thai
  • 400 g daging
  • Sebiji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 10 batang cili padi
  • Sebatang serai
  • Seinci lengkuas
  • Sedikit belacan
  • Secekak daun selasih
  • Beberapa keping daun limau purut
  • 3 sudu makan sos ikan
  • Beberapa pokok daun ketumbar beserta akar
  • Sedikit gula
  • Sekotak santan
  • Garam jika perlu
  • Air secukupnya
Langkah penyediaan
  1. Kisarkan sehingga halus bawang merah, bawang putih, belacan, lengkuas, cili padi, serai, daun ketumbar serta akarnya dan separuh daun selasih.
  2. Panaskan minyak dalam periuk dan tumis bahan kisar sehingga naik bau dan pecah minyak.
  3. Kemudian, masukkan daging dan air secukupnya. Biarkan daging masak sehingga empuk. Jikalau air kurang, tambahkan lagi.
  4. Setelah daging empuk, masukkan santan dan sos ikan. Biarkan mereneh seketika.
  5. Akhir sekali, masukan baki daun selasih dan daun limau purut. Biarkan mendidih sekejap dan boleh tutup api. Hidangkan.

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cilipadi bersama Belimbing Buluh

Resepi Daging Salai Masak Lemak Cilipadi
Resepi Daging Salai Masak Lemak Cilipadi

Bahan-bahan
  • 300 gram daging salai
  • Segengam cilipadi (ikut selera nak pedas/kurang)
  • 2 batang serai
  • 1 inci kunyit
  • 250 gram santan pekat
  • Beberapa biji belimbing buluh
  • Daun kunyit jika suka
  • Garam
Langkah
  1. Rebus daging salai hinga empuk
  2. Kisar lumat cilipadi dan kunyit. Ketuk serai masukkan ke dalam daging salai yang dah mula empuk. Masukkan santan dan bahan kisar. Kacau² selalu
  3. Bila santan gelegak masukkan belimbing buluh dan daun kunyit. Perasakan garam.

Resepi Masak Lemak Sayur Bayam dengan Labu

Resepi Masak Lemak Sayur Bayam dengan Labu
Resepi Masak Lemak Sayur Bayam dengan Labu

Ramuan Resepi Masak Lemak Sayur Bayam dengan Labu
  • 1/4 labu dipotong dadu
  • 1 ikat bayam
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bahan perisa (pilihan)
  • 1 kotak santan
  • 1 biji cili merah
  • Tumbuk / Kisar
  • 1 cubit lada hitam (ikut kepedasan)
  • 5 ulas bawang merah
Langkah penyediaan
  1. Tumbuk atau kisar bawang dan lada hitam
  2. Panaskan periuk dan masukkan santan bersama bahan tumbuk/kisar tadi sehingga masak bawang tadi.
  3. Masukkan labu kedalam periuk dan biarkan sehingga lembut
  4. Masukkan bayam dan cili dan jangan dibiarkan lama di atas dapur supaya bayam kekal segar. Masukkan garam dan secukup rasa. Sedia utk dihidang.

Thursday, December 23, 2021

Resepi Laksa Johor

Resepi Laksa Johor
Resepi Laksa Johor

Bahan bahan Resepi Laksa Johor :
  • 1 paket spaghetti atau mee laksa.
  • 1kg ikan kembung/ikan tengiri. (Saya guna ikan kembung. Ikan ni tengok korang nak hidangkan utk berapa ramai ok. Macam saya 3 orang je. Tapi buat untuk sarapan, lunch dan dinner)
  • 3/4 cawan rempah kari (tak kisah lah kari ikan ke ayam. Asalkan kari).
  • 1/2 cawan lada boh
  • 3/4 cawan udang kering (cuci dan blender)
  • 2 cawan santan pekat (saya guna santan Kara).
  • 3 cawan air
  • 1 sudu besar kerisik
  • Garam secukup rasa
Bahan kisar :
  • 5 batang serai
  • 2 inci halia
  • 2 inci lengkuas
  • 5 biji bawang besar
Cara cara :

1. Ikan macam biasa bersihkan dahulu, kemudian kukus. Lebih senang kukus berbanding rebus, sebab nak asingkan tulang dengan isi. Air kukus ikan tadi simpan. Kemudian blender ikan dengan air kukusan ikan. Ketepikan dahulu.

2. Tumiskan bahan kisar tadi. Tumis sampai naik bau. Masukkan rempah kari dan goreng dalam 1 minit. (Masa ni memang akan kering sikit). Cepat-cepat masukkan 1/2 cawan air dan masak dalam 5 minit.

3. Lepas tu masukkan cili boh sampai naik minyak. Kalau kering sangat boleh tambahkan air sikit je. Bila naik minyak, masukkan ikan kisar tadi. Kacau sebati. Masukkan 3 cawan air dan 2 cawan santan. Bila dah mendidih, masukkan udang kering dan kerisik.

Ulam ulam :
  • Timun
  • Taugeh
  • Daun kesum/daun selasih
  • Kacang panjang
  • Limau kasturi (diperah atas laksa, bukan makan dengan kulit limau). 🤭
Lepas tu buatlah sambal belacan :
  • 5 biji lada merah
  • 3 biji cili padi
  • 1 inci belacan dibakar dulu
  • Sedikit asam jawa
  • Sedikit gula dan garam
  • Semua ni tumbuk atau blender. Ok siap. Dah boleh makan!
Cara saya makan siap letak ikan masin. Uishh power padu..

Kredit Resepi : Yatti Omar
 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes