RESEPI HOT!

Monday, August 17, 2015

Resepi Kari Hijau Ayam Thai

Resipi Kari Hijau Ayam Thai

Bahan bahan :
  • 1 ekor ayam dipotong kecil
  • 1 kotak besar santan pekat
  • 1 sudu besar gula merah
  • 1 sudu besar jus limau kasturi
  • 7 helai daun limau purut
  • 2 biji tomato
  • 1 batang serai di titik
  • Garam dan gula

Bahan kisar
  • 1 batang serai
  • 10 biji cili padi hijau
  • 3 biji lada hijau
  • 1 sudu kecil belacan
  • 1 inci lengkuas
  • 2 cm halia
  • 1/2 sudu kecil serbuk ketumbar 
  • 1/2 sudu kecil serbuk jintan manis
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada putih
  • 5 ulas bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 pokok daun ketumbar 
  • 2 helai daun limau purut
  • 2 cm kunyit hidup

Cara cara:
  1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar sehingga wangi
  2. Masukkan santan cair dan kacau seketika
  3. Masukkan ayam, serai dan kemudian masukkan santan
  4. Apabila kuah sudah menggelegak, masukkan garam,gula, tomato, daun limau purut, jus limau dan gula merah
  5. Masak selama 10 minit lagi dan kemudian bolehlah diangkat.
  6. Siap.

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes