RESEPI HOT!

Monday, May 29, 2017

Resepi Daging Masak Sos Lada Hitam

Resepi Daging Masak Sos Lada Hitam
Resepi Daging Masak Sos Lada Hitam
Bahan-Bahan
  • 350 gm daging - bersih dan rebuskan hingga empuk
  • Sedikit air rebusan daging - secukupnya
  • 1 biji lada benggala hijau/merah
  • 3-5 sudu besar sos lada hitam
  • 3 sudu serbuk lada hitam
  • 1 biji bawang holland dimayang
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar kicap manis
  • air secukupnya
  • minyak untuk menumis
BAHAN DIHIRIS :
  • 1 inci halia
  • 2 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
Cara-cara Menyediakan
  1. Panaskan minyak dalam kuali.
  2. Masukkan bawang besar,bawang putih,halia..tumiskan hingga naik bau.
  3. Kemudian,masukkan sos lada hitam,serbuk lada hitam,sos tiram,sos tomato dan kicap manis,diikuti sedikit air rebusan daging.
  4. Kemudian,masukkan daging bersama lada benggala..kacau hingga sebati.
  5. Akhir sekali,masukkan bawang holland yang dimayang . kacau sekejap dan bolehla diangkat.
  6. Siap untuk dihidang

Share this:

Post a Comment

 
Back To Top
Copyright © 2014 Resepi Mudah. Designed by OddThemes